Tentang MeGo

Kenapa pilih MeGo?

Persaingan yang luas dalam perniagaan membuatkan perniagaan anda sukar untuk mendapat perhatian pelanggan.

MeGo memahami keperluan anda dan sedia membantu meningkatkan keberkesanan jenama barangan atau perkhidmatan melalui strategi penjenamaan, pemasaran dan komunikasi secara efektif membantu perniagaan anda mencipta nama hingga ke taraf global.

1. Penjenamaan / Branding

Identiti yang kuat serta menyerlah akan menjadikan perniagaan anda lebih dikenali serta mudah diingati oleh pelanggan. Ini akan membantu pelanggan untuk kekal membeli produk dan perkhidmatan anda tanpa ragu-ragu.

2. Komunikasi Jenama

Pengurusan komunikasi jenama amat penting dalam perniagaan kerana mesej yang tepat dan berkesan membantu pelanggan mengenali anda dan meningkatkan penguasaan pasaran perniagaan.

3. Strategi Pemasaran

MeGo membantu anda untuk memilih platform pemasaran yang terbaik untuk meningkatkan keberkesanan penjenamaan produk atau perkhidmatan melalui pelbagai medium seperti pengiklanan media massa, pemasaran digital, pameran, karnival dan sebagainya mengikut keperluan perniagaan anda.

Melalui pengalaman lebih daripada 25 tahun dalam penjenamaan, MeGo ingin membantu anda melalui pakej integrasi pemasaran yang berkesan dan bersedia ‘Mantapkan Business Anda ke Taraf Global!’